? ??????????????The Only? ????? ?? ???Rating: 4.6 (47 Ratings)??6946 Grabs Today. 57771 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????2?? ?????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.5 (40 Ratings)??6520 Grabs Today. 26430 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????3?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 14, 2010

Hindari pembakaran terbuka

Orang awam dinasihatkan agar lebih prihatin dengan tidak mengadakan pembakaran secara terbuka bagi mengelakkan berlakunya kejadian kebakaran terutamanya dalam keadaan cuaca panas pada masa ini.
Kesedaran dan tanggungjawab itu perlu ada dalam jiwa setiap masyarakat agar mereka lebih sensitif akan tanggungjawab yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara terbabit terus berlaku.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Jumali Sanat berkata, risiko kebakaran semakin banyak berlaku di mana ia hanya berpunca dari kebakaran kecil.
"Walaupun hanya berpunca dengan puntung rokok, kebakaran besar boleh berlaku dalam keadaan cuaca kering dan berangin. Apatah lagi apabila penduduk tanpa rasa tanggungjawab membuat pembakaran secara terbuka untuk membakar sampah di kawasan rumah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memadam kebakaran semak yang berlaku di Pekan Dengkil.
Menurutnya, pihak Bomba menerima antara empat hingga enam aduan kebakaran dalam sehari yang mana kebanyakan dari aduan yang diterima berkaitan kebakaran belukar di beberapa kawasan berhampiran.
"Walaupun ia hanya kebakaran kecil, pihak bomba perlu segera memadamkannya bagi mengelakkan api merebak jika tidak dikawal dengan baik.
"Ini hanya mendatangkan kerugian dan pembaziran dan pembaziran hanya kerana kebakaran yang berpunca dengan sikap yang tidak bertanggungjawab oleh orang ramai," katanya.
Menurut beliau, buat masa ini pihak bomba dari Balai Bomba KLIA dan Cyberjaya masih giat menjalankan operasi memadam kebakaran hutan yang masih berlaku sejak hampir empat minggu lalu di hutan tanah gambut, Lebuhraya Elite berhampiran R&R Dengkil.
"Tanggungjawab dan kesedaran perlu dimainkan orang ramai agar mereka lebih prihatin manakala pihak berkuasa mungkin boleh melakukan tindakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kejadian kebakaran seperti itu," katanya



sumber:www.bomba.gov.my